Ahad, 24 Mei 2009

Buletin Alumni Persana (1)

Buliten Penghargaan Alumni PERSANA’07

Muqaddimah.

Assalaumalaikum..

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada guru-guru dan kakitangan smim&srim..semoga kita semakin hari terus rapat dengan Yang Maha Esa..buletin yang berada ditangan guru-guru ini adalah hasil usaha untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru sekalian dalam mendidik kami menjadi insan  yang berguna pada masa hadapan. Tahniah guru-guru sekalian,Penat lelah guru-guru sekalian kami terlalu menghargainya,bacth kami yang telah kami namakan alumni  PERSANA’ 07 pada hari ini telah bertebaran di seluruh pelusuk bumi ,ada di mesir, madinah, insaniah, upsi,dan ada antara bacth kami yang telah bekerja,alhamdulillah…..

 

Guru-guru yang di kasihi sekalian,semasa saya menulis maqalah ini saya berada di bumi Nabi SAW selepas bebincang dengan setiausaha persatuan melalui Yahoo Masseger dalam bagaimnakah kami dapat melahirkan ucapan terima kasih kami,jadi tercetuslah idea untuk berbakti kepada sekolah melalui buletin ini..buletin ini insyaAllah akan kami keluarkan secara berperingkat untuk cuba menabur bakti  kepada guru-guru yang berjasa dan sekolah yang tercinta.. Harapnya guru– guru  dapat menyokong usaha kami ini insyaAllah,Untuk makluman guru-guru juga kami telah mewujudkan blog dalam usaha cuba mengumpulkan kembali alumni PESANA’07, dan usaha ini bagi saya sendiri amatlah berkesan.blog yang telah kami wujudkan ini bukanlah untuk ahli kami sahaja, bahkan untuk guru-serta adik-adik kami di masriyyah juga,banyak maklumat yang telah kami isikan dalamnya disamping berita-berita berkenaan dengan sekolah di laman webwww.persana.blogspot.com..harapnya guru-guru dan adik-adik boleh lawati blog kami disamping memberi komen atau input yang baik insyaAllah..Dalam buliten ini juga akan kami ceritakan sikit dimanakah alumni persana07 sekarang dan beberapa maklumat tentang kami kepada guru-guru yang kami selalu rindui samada di perantawan maupun dalam tanah air sendiri..Apa-apapun saya dan rakan-rakan mengharapkan sokongan dan doa guru-guru agar kami terus berjaya dalam hidup, syukran.Guru sekalian, semoga kita bertemu di Malaysia nanti insyaAllah-

 ALUMNI PERSANA’07


Tiada ulasan:

Catat Ulasan